Dream Project – Songwriter Incubator

Dream Project – Songwriter Incubator adalah inisiatif daripada TeenEdge Malaysia, dengan sokongan daripada rakan Industri. Ia bertujuan untuk mencungkil dan melatih bakat penulis lagu dan membimbing mereka dalam membina karier dalam industri muzik.
Sekiranya anda mempunyai minat dalam bidang muzik dan penciptaan lagu, anda adalah bakat yang kami ingin membantu untuk memulakan perjalanan dalam industri muzik yang profesional!
Daftar sebagai ahli Dream Project –Songwriter Incubator hari ini untuk dapatkan maklum balas dan bimbingan dalam skil penulisan lagu anda. TeenEdge juga akan membantu untuk mengintroduksikan lagu anda kepada artis dan muzik label!

Siapakah Music Publishing Company & Apakah Peranan Mereka?
Music Publishing Company berfungsi sebagai orang tengah di antara penulis lagu dan muzik label, dengan mengintroduksikan demo penulis lagu kepada muzik label dan artis-artis yang ingin mengeluarkan lagu baharu dan juga untuk TV & Wayang.
Mereka membantu melindungi hak cipta komposisi asal penulis lagu (melodi dan/atau lirik) dan mereka juga bertanggungjawab untuk mengumpul royalti penulis lagu di peringkat local dan global.
Partner Kami – Music Publishing Company

Partner Kami – Muzik Label


Siapa layak menjadi ahli?
-
Warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang kini tinggal di Malaysia
-
Tiada had umur minima atau maksima
-
Kepada sesiapa yang menulis lirik dan/atau melodi original
-
Tidak perlu mengetahui apa-apa alat muzik atau produksi muzik. Anda boleh rekod nyanyian sahaja dengan telefon dan hantarkan kepada kami.
-
Kami akan memberi fokus kepada lirik dan melodi sahaja, anda tidak perlu risau jikalau anda tidak selalu menyanyi
-
Hanya terbuka kepada bakat yang tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana Music Publishing Company
-
Penulis lagu baru atau yang berpengalaman adalah dialu-alukan
-
Kami menerima semua genre muzik dan bahasa

Kenapa harus saya menjadi Ahli?
-
Anda dapat menerima maklum balas dan bimbingan daripada penulis lagu profesional untuk meningkatkan skil penulisan lagu
-
TeenEdge akan membantu anda daripada segi produksi muzik untuk menyempurnakan lagu anda
-
Peluang untuk menghadiri Learning Camp dan belajar daripada ahli muzik profesional. Anda juga dapat bersama-sama mencipta lagu dengan mereka yang profesional!
-
Lagu anda berpeluang untuk dipilih oleh artis (local & international) dan anda dapat menguntungi royalti
-
Ini mungkinlah permulaan anda untuk bina sebuah karier dalam bidang muzik!
-
*Pendaftaran PERCUMA & Tidak ada sebarang kontrak
*Sila rujuk kepada Terma & Syarat penuh di bawah
